Tuesday, August 7, 2007

Ku taip lagi..

agak lama juga sejak kali pertama aku menaip tempoh hari..
tah kenapa berat sungguh jemari ini nak menghentak huruf-huruf di keyboard berhabuk ni..

aku tak demam..
juga tak mamai..
tidor masih cukup..

tapi aku sebenarnya..
rindu..
dulu rindu itu selalu datang..
memang aku tunggu rindu itu datang..
namun dah lama sangat aku tak rindu dia..

haru.. sungguh haru..
macam mana rindu tu datang semula..

tapi adakah dia rindu padaku?

Friday, July 27, 2007

Aku taip entri pertama





pembaca budiman,

inilah entri sulung dalam blog ini, selama ini aku begitu suka sekali membaca dan menghayati pelbagai blog yg terdapat dialam siber ini dan ada antaranya yang setiap hari aku taipkan alamat url nya kerana aku berasa begitu terhibur sekali dengan segala coretan yang ada didalamnya...

aku tidak pandai mengarang mahupun menyusun kata-kata dalam bentuk yang puitis lagi penuh kesusasteraan, cuma jari jemari ini sahaja yang mengetuk-ngetuk papan kekunci yang dipenuhi habuk.

aku hanya taip sampai disini dulu, kelak aku akan taipkan lagi apa yang bermain di fikiran ini..

salam.